As salam dan selamat sejahtera buat semua…..
Syukur Alhamdulillah…masih lagi diberi kesempatan untuk melihat dan terus melihat dunia ini
serta mencoretkan secebis kenangan terindah dan pengalaman pertama yang tak mungkin
akan dilupakan oleh penulis…
Pada tanggal 15/5/2011 tercipta satu sejarah buat diri penulis dalam menghadapi cabaran hidup
Yang penuh berliku…Pengalaman dan kisah itu tidak mungkin akan dilupakan oleh penulis
sepanjang hidup kerana memberikan kekuatan untuk penulis menzahirkan keihklasan dalam meniti
rona-rona kehidupan.. Pada mulanya agak berdebar rasanya untuk penulis merealisasikan perkara
tersebut kerana bila tiba masa tersebut barulah penulis merasai debarannya kerana itulah pengalaman
pertama penulis dalam arena tersebut…Sungguh tak ku sangka dapat juga menggagahi diri untuk
menghadapi cabaran tersebut dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik…Lumrah manusia
tidak akan terlepas dari ujian Allah S.W.T dalam kehidupan…Tetapi itulah pengalaman pertama
penulis sebagai seorang dewasa yang akan menempuhinya suatu hari nanti…Besar harapan dan
menggunung impian penulis terhadap perkara tersebut..Moga dapat diterima Perkara tersebut
dengan seadanya…
Apa-apa pun penulis sangat gembira dapat menghadapi perkara tersebut dengan tenang..
Dan sokongan terhadap penulis oleh yang berhak amatlah dihargai..Terima Kasih Diucapkan…
2 comments:
macam nak melangkah ke alam baru je, tahniah! hahaha
Melangkah jauh dan terus jauh..hehe...
insha allah doakan agar semua urusan seri paduka baginda dipermudahkan..hehe
Post a Comment