Iklan

Pages

Followers

04 May 2010

::PROGRAM AMAL KAU DIHATIKU 3-KOLABORASI KTI & FAMILY UNIQUE::



Sepertimana Inteam berkolaborasi dengan Unique, Komuniti Teman Inteam juga buat julung kalinya menjalinkan usahasama dengan Family Unique untuk menganjurkan sebuah Program Amal yang akan berlangsung di Kompleks Penyayang Bandar Sri Damansara (berhampiran pejabat Inteam Records).


Untuk makluman semua, tarikh program yang telah ditetapkan ialah pada 23 Mei bersamaan dengan hari Ahad jam 8 pagi hingga 5 petang. 
Sebarang pertanyaan ataupun maklumat berkaitan program ini bolehlah diajukan di http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?forum=2&topic=5962

03 May 2010

VIDEO KLIP TERBARU IRSB ALBUM NASYID HITS

 
Assalamualaikum...

Setelah sekian lama, ramai yang bertanya berkenaan video klip lagu-lagu terbaru dalam album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni dan seumpamanya.

Terkini dari IRSB, album Nasyid Hits merupakan kompilasi terbaru lagu-lagu dari album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni, dan Memori The Zikr.

Album Kompilasi Nasyid Hits dikeluarkan dalam 2 format CD audio dan VCD.

Bagi CD Audio, bonus 3 trek lagu baru turut dimuatkan iaitu lagu Kawan(Nazrey Johani), Menangis(Akhil Hayy), Berita Gembira (Nadamurni).

Antara video klip dalam format VCD ialah:

Allahu Rabbi
Kepastian
Dia Muhammad
Zikir Fikir
Senandung Anak Pejuang
Rasul Junjungan
Mana Milik Kita
Alangkah Indah Hidup Ini
Harapanku padaMu subur kembali
Secerah Pawana

dan banyak lagi...

Dapatkan dipasaran yang original!!!

<>