Iklan

Pages

Followers

20 May 2011

7 Seni Memikat Pilihan Hati

Berikut adalah seni-seni memikat yang selaras dengan kehendak Islam. Al-Fadhil al-Ustaz Rusli Md. Zain al-Farqawi, Mudir Darul Quran Klang, Selangor akan menghuraikan tujuh perkara yang perlu diberi perhatian:


1- Yakin dan bukan menunjuk-nunjuk : memikat dan menarik calon pilihan hati haruslah dengan yakin supaya yang dipikat tidak berasa tertipu. Jika ada unsur kepura-puraan, wanita mungkin akan teraniaya. Hubungan yang ada unsur menipu ini atau cinta monyet biasanya tidak bertahan lama.


2- Permerhatian :
pemerhatian mestilah yang dibenarkan dalam Islam iaitu melalui pemerhatian jauh atau merisik. Gunakan orang tengah yang kita percaya untuk menyelidik latar belakang calon pilihan kita.


3- Pembuktian :
calon yang hendak dipikat telah dipersetujui. Calon juga tahu yang kita sedang memikatnya. Buktikan kesungguhan kita memikatnya.


4- Keikhlasan :
memikat biarlah secara semulajadi. Tidak perlu menggunakan skrip. Persahatan mestilah kerana Allah. Teguran yang dilakukan pasangan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur-unsur cemburu, dengki dan bernafsu.


5- Penambahbaikan :
perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa panjang. Pada waktu ini, syaitan cuba menggoda supaya kita menyimpang. Oleh itu, ilmu mesti disisipkan dalam sesuatu perhubungan.


6- Konsisten (Istiqamah) : terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. Setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian. Walau apa pun yang berlaku, perasaan kita terhadap pasangan haruslah konsisten.


7- Elakkan cinta monyet :
cinta monyet hanya sebentar. Antara ciri cinta monyet ialah bertukar-tukar pasangan dan syok sendiri. Dalam cinta monyet, wanitalah yang akan teraniaya.


Tindakan Selepas Berjaya Dipikat

17 May 2011

Bersyukur Lah Kita Dengan Apa Yang Ada



Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.

Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu.

Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu.

Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu.

Jika kamu hodoh, masih ada orang lebih hodoh daripada kamu.

Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu.

Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu.

Jika kamu pandai, masih ada orang yang lebih pandai daripada kamu.

Jika kamu cantik, masih ada orang yang lebih cantik daripada kamu.


Dari itu hendaklah kita bersyukur, dari apa yang Allah berikan kepada kita selama ini.
Semoga Allah akan jadikan kita umat yang sentiasa bersyukur di atas apa jua pemberian yang Allah berikan kepada kita.
 
 

sumber : murabbi.net

SeLamaT HaRi GuRu !




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!
Pertama sekali penulis ingin mengucapkan SeLaMaT HaRi GuRu kepada semua guru-guru di Malaysia terutamanya kpd guru penulis yang pertama iaitu my beloved mother, guru tadika,guru sekolah rendah,guru sekolah menengah (yg ni spesel kes skit sebab tukar sekolah 3 kali : Smk Aman Jaya,SMTeknik Batu Lanchang,Penang,SM Teknik Sungai Petani 2),Guru Form 6 SMK Bandar Sungai Petani dan tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah yang membimbingku hingga ke hari ini (UPSI)..

Kalau anda semua nak tahu tema sambutan Hari Guru 2011 bertemakan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Fuhhh....hebat betol Tema kali ni tetapi Hebatkah guru-guru yang ada pada hari ini??? jawapannya mestilah hebat kan....betul tak? hehe...Cabaran menjadi seorang guru pada hari ini bukanlah semudah yang disangka oleh sesetengah pihak di luar sana. Hari ini guru banyak dibebani tugas-tugas yang mencabar dalam mendidik anak bangsa dek kerana sistem pendidikan negara yang selalu berubah-ubah mengikut keadaan semasa...(eh2 macam buat karangan pulak yer..dulu masa cikgu suruh wat karangan tak nak dan xpernah buat pun) haha.....bila teringat kembali zaman-zaman sekolah dulu rasa macam nak tergolak pulok eden....Macam-macam kenangan ada...itulah yang dinamakan ilmu ghaib..haha..berlawak pulakk dahh dia ni..hehe..

Kesimpulannya, semua perkara itu mengajar kita erti kehidupan dan memberikan kepada kita 1001 pengalaman untuk kita mencorakkan kehidupan kita pada masa akan datang...(macam buat kesimpulan karangan pulak). Apa-apa pun boyz and girlz...Penulis ingin mengucapkan SeLaMaT HaRi GuRu 2011!!!!!

 **p/s : walaupun terlewat sehari tapi kira halal la kan..kih3...

16 May 2011

:[: Sedetik Lebih :]:



As salam dan selamat sejahtera buat semua…..
Syukur Alhamdulillah…masih lagi diberi kesempatan untuk melihat dan terus melihat dunia ini
serta mencoretkan secebis kenangan terindah dan pengalaman pertama yang tak mungkin 
akan dilupakan oleh penulis…



Pada tanggal 15/5/2011 tercipta satu sejarah buat diri  penulis dalam menghadapi  cabaran hidup
Yang penuh berliku…Pengalaman dan kisah itu tidak mungkin akan dilupakan oleh penulis 
sepanjang hidup kerana memberikan kekuatan untuk penulis menzahirkan keihklasan dalam meniti 
rona-rona kehidupan.. Pada mulanya agak berdebar rasanya untuk penulis merealisasikan perkara 
tersebut kerana bila tiba masa tersebut barulah penulis merasai debarannya kerana itulah pengalaman 
pertama penulis dalam arena tersebut…Sungguh tak ku sangka dapat juga menggagahi diri untuk
menghadapi cabaran tersebut dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik…Lumrah manusia 
tidak akan terlepas dari ujian Allah S.W.T dalam kehidupan…Tetapi itulah pengalaman pertama 
penulis sebagai seorang dewasa yang akan menempuhinya suatu hari nanti…Besar harapan dan 
menggunung impian penulis terhadap perkara tersebut..Moga dapat diterima Perkara tersebut 
dengan seadanya…



Apa-apa pun penulis sangat gembira dapat menghadapi perkara tersebut dengan tenang..

Dan sokongan terhadap penulis oleh yang berhak amatlah dihargai..Terima Kasih Diucapkan…


08 May 2011

Kalau Tak Suka Pulangkan

Sekadar ingin berkongsi sebuah cerita yang sangat menyentuh perasaan…
Sebak rasanya bila membaca kisah sedih di bawah. Sama-sama kita muhasabah diri dan perbaiki sikap dan
layanan kita selama ini kepada ahli keluarga.
————————————————————————————————————————————————————
KALAU TAK SUKA PULANGKAN
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan
ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak
mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main
bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya
di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya.
Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di
belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat
taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting
tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara
anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


<>