Iklan

Pages

Followers

31 January 2010

Mahasiswa perlu bangkit lawan penyelewengan

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.

MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik dan berorganisasi melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa ini.

19 January 2010

1. Awak setuju tak?


1.     Awak setuju tak?
Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.




·  Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
·  Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
·  Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
·  Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
·  Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
·  Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
·  Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
·  Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
·  Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
·  Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
·  Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
·  Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
·  Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
·  Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Ana persilakan untuk pembaca semua translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.



16 January 2010

Honda tawar biasiswa

TABUNG Honda Dreams (HDF) membuka peluang kepada 20 pemohon yang berkelayakan tahun ini untuk menerima biasiswa tersebut. Permohonan boleh dibuat bermula 7 Januari hingga 31 Mac 2010.
Biasiswa ini diperkenalkan oleh Honda Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (MUNDP) sejak April 2007.
Ia bermatlamat menyediakan biasiswa penuh kepada pelajar kurang berkemampuan. Sehingga kini, seramai 60 penerima biasiswa tersebut telah mengikuti kursus pilihan mereka di kolej-kolej dan universiti-universiti tempatan sebagai langkah pertama bagi mereka pergi lebih dalam bidang pendidikan.
Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toru Takahashi berkata, Honda komited dengan projek HDF ini dalam usaha membantu remaja berpotensi besar namun kurang berkemampuan mencapai impian mereka melanjutkan pelajaran seterusnya berjaya di masa hadapan.
``Melalui HDF ini, kami berharap dapat memberi keyakinan kepada para remaja untuk menyediakan mereka dengan amkna kehidupan yang lebih baik di masa hadapan untuk diri mereka sendiri dan keluarga.
``Pada masa yang sama, kami berharap untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan di negara ini,'' katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, tahun ini Honda memperuntukkan sebanyak RM 1 juta bagi Tabung Honda Dreams. Syarikat itu juga akan terus memberi tumpuan dalam mencari remaja berpotensi dari keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar supaya mereka berpeluang memohon biasiswa tersebut.
``Tahun ini HDF akan terus mengadakan 'road show' mengenai HDF serta mengadakan lebih banyak lawatan ke kawasan pedalaman di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Perak sebagai kesinambungan tahun-tahun sebelumnya,'' tambahnya yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia.
Beliau berharap tahun ini lebih ramai remaja akan memohon biasiswa tersebut untuk mengambil peluang sekali seumur hidup yang tersedia.
Antara syarat untuk memohon biasiswa tersebut adalah warga negara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun dan sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Selain itu, pemohon perlulah daripada keluarga yang pendapatan isi rumah RM1,500 dan ke bawah dan tidak menerima sebarang bantuan kewangan dari organisasi dan agensi lain mahupun bantuan kerajaan.
Pemohon juga perlu menulis esei tidak melebihi 500 perkataan tentang aspirasi dalam merialisasikan impian mereka.
Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang www.honda.com.my/hdf.

06 January 2010

BERSIHKAN HATI


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih".
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa  diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan  mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat  mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati juga menenangkan  jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara2 yang elok-elok belaka).
7) Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.CUBALAH!!
8) Berpuasa. Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat."

<>