Al-Rayyān (Pintu Syurga) Untuk Orang Yang Berpuasa
Dipetik dari Imam Az-Zabidi (2004), Ringkasan Sāhīh al-Bukhārī, Bab as-sawum (Kitab tentang puasa), Kuala Lumpur: Cresent News, h. 363.

Diriwayatkan dari Sahl r.a.: Nabi Saw. pernah bersabda “Ada sebuah gerbang syurga yang disebut Al-Rayyān, dan orang-orang yang berpuasa kelak pada hari kiamat akan masuk ke dalam syurga melalui gerbang itu. Ia (Al-Rayyān) akan berseru, ‘Mana orang-orang yang berpuasa?’ Mereka (orang-orang yang berpuasa) pun bangkit dan semuanya masuk ke dalam syurga melalui gerbang itu. Setelah mereka semua masuk, gerbang itu akan tertutup dan tidak ada seorangpun yang melaluinya lagi.

Dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin (2003), Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi Ke-2. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, h. 192.

Pada tahun 1984 Dr. Soliman dari Hospital Universiti  di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa. Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar kortisol, testosteron, sodium, potassium, urea, glukos, kolesterol dan asid lemak. Berat badan juga ditimbang pada awal dan akhir ramadhan. Hasilnya menunujukkan puasa Ramadhan tidak membahayakan kesihatan, sebaliknya memberi kesan yang baik kepada metabolisme lemak dan pengawalan berat badan seseorang dan meredakan tekanan kerana puasa turut diiringi dengan Solat dan bacaan al-Qur’an.