Hari ni pengarang nak kongsi sedikit dengan para pembaca di blog inishah ni...boleh kn..kn...hehe.. Pengarang nak menghebahkan tentang HARI TERBUKA KOLEJ HARUN AMINURRASHID,UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.... anjuranJawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid!!!!!!
Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada bulan Mac.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness".
Kementerian Pengajian Tinggi kecewa kerana Sudut Pidato yang diwujudkan di kebanyakan institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak mendapat sambutan daripada mahasiswa.
Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ruang disediakan pihak universiti itu tidak berfungsi seperti yang diharapkan. “Malah, ada di sesetengah IPTA, Sudut Pidato didapati terus sepi sejak ia dilancarkan empat bulan lalu. “Sudut Pidato sepatutnya menjadi tempat untuk mahasiswa menguji bakat dan berlatih berkomunikasi sesuai dengan kehendak pasaran yang memerlukan pekerja yang mampu berfikir secara kritis,”.
Sepertimana Inteam berkolaborasi dengan Unique, Komuniti Teman Inteam juga buat julung kalinya menjalinkan usahasama dengan Family Unique untuk menganjurkan sebuah Program Amal yang akan berlangsung di Kompleks Penyayang Bandar Sri Damansara (berhampiran pejabat Inteam Records).
Untuk
makluman semua, tarikh program yang telah ditetapkan ialah pada 23 Mei bersamaan
dengan hari Ahad jam 8 pagi hingga 5 petang.
Setelah sekian lama, ramai yang bertanya berkenaan video klip lagu-lagu terbaru dalam album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni dan seumpamanya.
Terkini dari IRSB, album Nasyid Hits merupakan kompilasi terbaru lagu-lagu dari album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni, dan Memori The Zikr.
Album Kompilasi Nasyid Hits dikeluarkan dalam 2 format CD audio dan VCD.
Bagi CD Audio, bonus 3 trek lagu baru turut dimuatkan iaitu lagu Kawan(Nazrey Johani), Menangis(Akhil Hayy), Berita Gembira (Nadamurni).
Inteam Records Sdn Bhd has produced a special compilation album for Inteam supporters as this group are going to have a performance in United Kingdom.
This special project named Inteam International Edition is given a title Love Allah, Love Rasul.
This album entitled Love Allah, Love Rasul is an international release of nasheed group Inteam. The album consists of 10 songs compiled from Inteam's album Tiada Lagi Kasih, Salamun Salam, Nur Selawat and Allahu Rabbi. Also included 2 new songs entitled Zikrullah and Salamun Salam II.
The musical concept of this album is World Music and Contemporary Nasheed while the theme of the album is related to grow our love and rememberance towards Allah and Rasulullah S.A.W.
Assalamualaikum buat semua pembaca.....kali ni ana nk tolong mempromosikan sebuah album yang bertajuk Zikir Keamanan daripada Hazamin (Inteam).Album ni dirakamkan atas sebab-sebab dimana berlakunya malapetaka-malapetaka yang memberikan isyarat kepada kita bahawa dunia sudah menghampiri senja.....
Oleh itu, atas inisiatif akhi amin kita ini maka diterbitkan album Zikir Keamanan ini dimana ianya dimuatkan 16 trek berikut :
1. Ya amanal khaifin
2. Ilahi sallimil ummah
3. Allahumma antas salam
4. Hasbiallah
5. Alaika tawakkaltu
6. Zikir Nabi Yunus
7. Al-Hauqalah
8. Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi
9. Selawat Tafrijiyyah
10. Ayat Kursi
11. Selawat Syifa'
12. Surah ad-Dukhan (1-16)
13. Doa Tolak Bala
14. Doa Hindar penyakit
15. Ayat 1000 Dinar
16. Qunut Nazilah
Semoga album ini boleh menjadi peringatan kepada diri kita semua serta amalan dalam menghadapi musibah. Sekiranya ada peluang dan ruang, semoga ia juga menjadi amalan anda semua yang mendengarnya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari bala bencana dan wabak penyakit serta menjadikan kita dalam golongan orang yang soleh. Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman.
Oleh itu, sokonglah industri nasyid kita dengan beli yangORIGINAL!!!
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.
MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik dan berorganisasi melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa ini.
1.Awak setuju tak?
Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.
·Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammadصلىاللهعلهوسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
·Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
·Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
·Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلىاللهعلهوسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلىاللهعلهوسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
·Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلىاللهعلهوسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
·Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
·Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
·Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
·Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
·Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
·Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
·Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
·Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
·Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Ana persilakan untuk pembaca semua translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.