Iklan

Pages

Followers

08 May 2011

Kalau Tak Suka Pulangkan

Sekadar ingin berkongsi sebuah cerita yang sangat menyentuh perasaan…
Sebak rasanya bila membaca kisah sedih di bawah. Sama-sama kita muhasabah diri dan perbaiki sikap dan
layanan kita selama ini kepada ahli keluarga.
————————————————————————————————————————————————————
KALAU TAK SUKA PULANGKAN
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan
ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak
mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main
bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya
di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya.
Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di
belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat
taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting
tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara
anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


19 February 2011

HERO SAYA !

Semasa saya kecil, pagi Raya sangat penting kerana selalunya Bapak jadi imam dan baca khutbah Raya. Malam sebelum Raya, dia selalunya buat 'homework', mungkin untuk 'adlib' atau buat 'improv' mana yang patut supaya jemaah tak tidur. Suara dan bacaan surah AlFatihah dan ayat-ayat lazimnya memang sedap didengar, tambah pulak dia memang terlatih sebagai seorang Qari dari guru Quran dia, Hj. Latif.

26 January 2011

Maher Zain Live In Concert, Malaysia


Venue : Malawati Stadium, Shah Alam
Dates : 25th & 26th February 2011
Time: 8pm onwards
Ticket Price : RM 297.00
RM 253.00
RM 203.00
RM 103.00
RM 53.00

11 January 2011

KARNIVAL INSANIAH BESTARI [KARIB'11]



Assalamualaikum....
Hari ni pengarang nak kongsi sedikit dengan para pembaca di blog inishah ni...boleh kn..kn...hehe..
Pengarang nak menghebahkan tentang HARI TERBUKA KOLEJ HARUN AMINURRASHID,UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS....
anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid!!!!!!

09 January 2011

FACEBOOK AKAN DITUTUP PADA BULAN MAC?????



Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada bulan Mac.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness".

08 January 2011

SUDUT PIDATO IPTA LENGANG

Kementerian Pengajian Tinggi kecewa kerana Sudut Pidato yang diwujudkan di kebanyakan institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak mendapat sambutan daripada mahasiswa.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ruang disediakan pihak universiti itu tidak berfungsi seperti yang diharapkan. “Malah, ada di sesetengah IPTA, Sudut Pidato didapati terus sepi sejak ia dilancarkan empat bulan lalu. “Sudut Pidato sepatutnya menjadi tempat untuk mahasiswa menguji bakat dan berlatih berkomunikasi sesuai dengan kehendak pasaran yang memerlukan pekerja yang mampu berfikir secara kritis,”.

04 May 2010

::PROGRAM AMAL KAU DIHATIKU 3-KOLABORASI KTI & FAMILY UNIQUE::



Sepertimana Inteam berkolaborasi dengan Unique, Komuniti Teman Inteam juga buat julung kalinya menjalinkan usahasama dengan Family Unique untuk menganjurkan sebuah Program Amal yang akan berlangsung di Kompleks Penyayang Bandar Sri Damansara (berhampiran pejabat Inteam Records).


Untuk makluman semua, tarikh program yang telah ditetapkan ialah pada 23 Mei bersamaan dengan hari Ahad jam 8 pagi hingga 5 petang. 
Sebarang pertanyaan ataupun maklumat berkaitan program ini bolehlah diajukan di http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?forum=2&topic=5962

03 May 2010

VIDEO KLIP TERBARU IRSB ALBUM NASYID HITS

 
Assalamualaikum...

Setelah sekian lama, ramai yang bertanya berkenaan video klip lagu-lagu terbaru dalam album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni dan seumpamanya.

Terkini dari IRSB, album Nasyid Hits merupakan kompilasi terbaru lagu-lagu dari album Allahu Rabbi, Zikir Fikir, Nostalgia Nadamurni, dan Memori The Zikr.

Album Kompilasi Nasyid Hits dikeluarkan dalam 2 format CD audio dan VCD.

Bagi CD Audio, bonus 3 trek lagu baru turut dimuatkan iaitu lagu Kawan(Nazrey Johani), Menangis(Akhil Hayy), Berita Gembira (Nadamurni).

Antara video klip dalam format VCD ialah:

Allahu Rabbi
Kepastian
Dia Muhammad
Zikir Fikir
Senandung Anak Pejuang
Rasul Junjungan
Mana Milik Kita
Alangkah Indah Hidup Ini
Harapanku padaMu subur kembali
Secerah Pawana

dan banyak lagi...

Dapatkan dipasaran yang original!!!

07 February 2010

:: INTEAM INTERNATIONAL ALBUM: LOVE ALLAH, LOVE RASUL ::

 
Inteam Records Sdn Bhd has produced a special compilation album for Inteam supporters as this group are going to have a performance in United Kingdom.

This special project named Inteam International Edition is given a title Love Allah, Love Rasul.

This album entitled Love Allah, Love Rasul is an international release of nasheed group Inteam. The album consists of 10 songs compiled from Inteam's album Tiada Lagi Kasih, Salamun Salam, Nur Selawat and Allahu Rabbi. Also included 2 new songs entitled Zikrullah and Salamun Salam II.

The musical concept of this album is World Music and Contemporary Nasheed while the theme of the album is related to grow our love and rememberance towards Allah and Rasulullah S.A.W.

The track listing are as follows:

1. ZIKRULLAH (new song)
2. SALAMUN SALAM II (new song)
3. ALLAHU RABBI
4. SELAWAT BADAR (Inteam Version)
5. STAND TOGETHER
6. SELAWAT BADRUL AIN (ft. Muadz)
7. ASMA' ALLAH
8. TOLAAL BADRU ALAINA (Inteam Version)
9. KEHIDUPAN (ft. Nazrey Johani)
10. SALAMUN SALAM (ft. Nazrey, Akhil Hayy, Fareast)


For further details, please click the album link: LOVE ALLAH, LOVE RASUL

ZIKIR KEAMANAN - HAZAMIN INTEAM

Assalamualaikum buat semua pembaca.....kali ni ana nk tolong mempromosikan sebuah album yang bertajuk Zikir Keamanan daripada Hazamin (Inteam).Album ni dirakamkan atas sebab-sebab dimana berlakunya malapetaka-malapetaka yang memberikan isyarat kepada kita bahawa dunia sudah menghampiri senja.....
Oleh itu, atas inisiatif akhi amin kita ini maka diterbitkan album Zikir Keamanan ini dimana ianya dimuatkan 16 trek berikut : 

1. Ya amanal khaifin
2. Ilahi sallimil ummah
3. Allahumma antas salam
4. Hasbiallah
5. Alaika tawakkaltu
6. Zikir Nabi Yunus
7. Al-Hauqalah
8. Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi
9. Selawat Tafrijiyyah
10. Ayat Kursi
11. Selawat Syifa'
12. Surah ad-Dukhan (1-16)
13. Doa Tolak Bala
14. Doa Hindar penyakit
15. Ayat 1000 Dinar
16. Qunut Nazilah

Semoga album ini boleh menjadi peringatan kepada diri kita semua  serta amalan dalam menghadapi musibah. Sekiranya ada peluang dan ruang, semoga ia juga menjadi amalan anda semua yang mendengarnya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari bala bencana dan wabak penyakit serta menjadikan kita dalam golongan orang yang soleh. Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman.
Oleh itu, sokonglah industri nasyid kita dengan beli yang ORIGINAL!!!
<>