Iklan

Pages

Followers

08 January 2011

SUDUT PIDATO IPTA LENGANG

Kementerian Pengajian Tinggi kecewa kerana Sudut Pidato yang diwujudkan di kebanyakan institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak mendapat sambutan daripada mahasiswa.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ruang disediakan pihak universiti itu tidak berfungsi seperti yang diharapkan. “Malah, ada di sesetengah IPTA, Sudut Pidato didapati terus sepi sejak ia dilancarkan empat bulan lalu. “Sudut Pidato sepatutnya menjadi tempat untuk mahasiswa menguji bakat dan berlatih berkomunikasi sesuai dengan kehendak pasaran yang memerlukan pekerja yang mampu berfikir secara kritis,”.



Berikutan itu, Saifuddin meminta IPTA menghapuskan kekangan pentadbiran dan birokrasi jika mahu menarik mahasiswa menyertai program dianjurkan di Sudut Pidato.

Institusi pengajian tinggi (IPT) tidak sepatutnya menetapkan sebarang peraturan jika ada mahasiswa berminat menyertai Sudut Pidato, sebaliknya IPT hanya perlu menyediakan tempat dan menetapkan masa sesuai,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, selain kekangan pentadbiran dan persepsi yang menganggap sudut itu sebagai alat politik antara punca ia tidak mendapat sambutan.

Di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) juga tidak terkecuali dengan apa yang diperkatakan oleh timbalan menteri tersebut.Apa yang pengarang perhatikan sepanjang sudut pidato dijalankan hanya segelintir mahasiswa/i sahaja yang datang untuk mendengarnya.Yang lain hilang entah kemana???? Keadaan ini sudah tentu merugikan siswa/i UPSI sendiri kerana di gelanggang inilah kita perlu memupuk minat untuk bercakap secara ilmiah dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu dasar pentadbiran universiti ataupun sebaliknya.Gunalah peluang ini dengan sebaik mungkin kerana mana mungkin UPSI boleh mengembalikan kegemilangannya suatu ketika dulu jika ianya tidak dipupuk pada generasi kini.Berikan kebebasan kepada siswa/i UPSI untuk berbicara secara ilmiah di pentas terbuka ini..

2 comments:

Awangku Johan said...

Hurmm budak2 malas dh nk berpidato.. huhu

inishah said...

tu la pasal AK....skg ni siswa/i dh mcm kureng sikit dgn benda2 yang mcm nih..ruginya...

Post a Comment

<>