Iklan

Pages

Followers

26 January 2011

Maher Zain Live In Concert, Malaysia


Venue : Malawati Stadium, Shah Alam
Dates : 25th & 26th February 2011
Time: 8pm onwards
Ticket Price : RM 297.00
RM 253.00
RM 203.00
RM 103.00
RM 53.00



 Penyanyi dan komposer antarabangsa; Maher Zain berketurunan Lubnan warganegara Sweden mula menjadi sebutan peminat industri hiburan dunia pertengahan tahun 2009. Kemunculan beliau dengan album pertamanya “Thank You Allah” mula meledakkan satu fenomena baru di dalam dunia hiburan khususnya di Malaysia sendiri.
Fenomena ini jelas ketara apabila kepulangan Maher Zain dari Malaysia ke Sweden turut diraikan dengan kejayaan beliau beroleh jumlah peminat di facebook seramai SEJUTA orang dalam tempoh hanya setahun dan hampir separuh dari jumlah tersebut diraih sepanjang kedatangan beliau di Malaysia.
Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang julung-julung kalinya akan diadakan di Malaysia bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang. Konsert yang akan diadakan selama dua malam ini, akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir.
Selain Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan artis dari Macedonia; Mesut Kurtis dan dari Kanada; Irfan Makki serta tidak ketinggalan artis tempatan; Kumpulan Inteam.
Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam.
<>