Iklan

Pages

Followers

30 October 2009

PEMUDA YANG IKHLAS


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat “.

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka
masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku”.

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu…

Beberapa bulan kemudian…

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka
ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu” kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu”.

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?hope it's me..
-sekian-


9 comments:

syafazila yusof said...

Nice story..
harap wujud lg spesies lelaki camtu..
rupa x penting..
yg penting iman..
(^_^)

inishah said...

carilah lelaki acuan al-quran...

SNS said...

Salam alaik..
Sekadar ingin berkongsi satu cerita..

Di suatu zaman, ada seorang tentera yang baik agamanya dan akhlaknya meminati seorang gadis yang juga baik agama serta peribadinya. Namun, pada satu hari si jejaka dipanggil untuk pergi berperang dan si gadis pula mendapat peluang meneruskan pelajarannya ke luar negara. Hasrat untuk menyunting gadis tersebut dibatalkan kerana dia tak tahu berapa lama dia akan berada di medan perang dan dia juga tak mahu mengganggu pembelajaran si gadis.
Maka satu hari, ketika peperangan si jejaka itu terkena periuk kera dan hancur sebelah kaki.Beliau dihantar pulang setelah khidmatnya tak diperlukan kerana kecacatan yang dialami. Jejaka itu masih menyimpan perasaan terhadap si gadis, dan gadis tu pula telah tamat pengajiannya dan telah pulang ke kampung. Tapi, memikirkan kecacatan yang dialami jejaka itu membantutkan niat ingin melamar gadis itu kerana takut ditolak.
Satu hari, keluarga jejaka itu menerima sekeping kad undangan perkahwinan dan alangkah terkejutnya si jejaka itu kerana gadis idamannya yang akan berkahwin.Dengan hati yang hiba beliau datang ke majlis perkahwinan gadis tu dan dia bagaikan nak gila setelah melihat suami gadis yang dicintainya. Si suami kudung kedua-dua belah kaki akibat kemalangan jalanraya. Usai majlis, si gadis menangis teresak-esak dan menceritakan yang dia sebenarnya mencintai jejaka tentera itu juga, dan kerana terlalu lama menanti keluarganya terpaksa menerima pinangan si suami.


Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu mengkhabarkan dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda :
“Wanita itu dinikahi karena 4 perkara. Karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya.
Pilihlah wanita yang memiliki agama, engkau akan bahagia.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Maaf, terpanjang komennya..

SNS said...

Pengajarannya : Bukan rupa paras menjadi poin utama dan juga janganlah terlalu merendah diri kerana kekurangan diri kerana semua orang punya kelemahan diri masing-masing..

Seindah Pelangi Seindah Suria said...

Assalamualaikum, kisah yg sgt indah... smoga masih ada insan yg bhati luhur ....

hyna.. said...

tersentuh hati knana baca cerita ni..harap diri ini diterima seadanya oleh lelaki bergelar suami..terlalu banyak kekurangan pada diri ini...

Putraz April said...

salam.. cerita yg menarik boleh jadi pengajaran buat insan yg hanya pandang pada paras rupa..

Sabda Rasulullah SAW "Sesgghnya setiap amalan bergantung kpd niat"

Kalau niat kita baik maka baik lah hasilnya,kalau niat kita jahat maka jahat lah hasilnya

zaman sekarang mmg banyak memandang pada paras rupa ptt lah ramai pasangan yg tak tahan lama..

sama2 kita insafi..

Teruskan perjuangan, Allahu Akbar!!!

http://ashsyumul.blogspot.com/

inishah said...

harap-harap masih ada lagi lelaki sebegini yer...aminn

Si Comel Angah said...

salam,cerita yg indah dan menjadi teladan buat semua...terima kasih untuk secebis ilmu dan pengajaran. Benarkan saya berkongsi ilmu yg ada. Ilmu ni dari seorg sahabat saya yg berkata bahawa kalau kita cintakan rupa paras ia tidak akan kekal kerana akan berkedut juga nanti, kalau kita cintakan harta,harta akan habis bila tiba masanya, tapi kalau kita cintakan seseorg kerana budi bahasanya, kerana agamanya kita akan terselamat dari godaaan dunia yg tiada penghujungnya...renung-2kan...peringatan buat semua....

Post a Comment

<>