Iklan

Pages

Followers

15 September 2009

ANDAI KU TERLEKA DAN TERLUPA...

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.


Tolong ye ingatkan saya..





2 comments:

zedmagel said...

Salam Shahreal,

SAYA INGATKAN :

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATHIN SESAMA KITA SEMASA ADA KESEMPATAN YANG TINGGAL...


INGATAN SAYA PADA SDRA...:

ESOK BELUM TENTU KITA MENGHIRUP UDARA INDAH SEPERTI PAGI TADI...

INGATKAN KEPADA SAYA :

BANGUNKAN MINDAKU JIKA AKU TERLUPA...

inishah said...

W'salam Zedmagel,

syukran ats ingatan enta tu...

yer..btl 2 apa yg enta ckpkn 2...
esok belum tentu kita dpt menghirup udara indah seperti pg td...

apa2 pn jgnlah kita lupa akn tujuan kita di dunia ini...jika tersasar dari landasanNya sama2 lah kita kembali ke pangkal jln...

Post a Comment

<>