Assalamualaikum sahabat-sahabatku…
Nak minta tolong sikit boleh tak?
Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.
Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.
Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.
Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.
Tolong ye ingatkan saya..
15 September 2009
09 September 2009
Al-Rayyān (Pintu Syurga) Untuk Orang Yang Berpuasa
Al-Rayyān (Pintu Syurga) Untuk Orang Yang Berpuasa
Dipetik dari Imam Az-Zabidi (2004), Ringkasan Sāhīh al-Bukhārī, Bab as-sawum (Kitab tentang puasa), Kuala Lumpur: Cresent News, h. 363.
Diriwayatkan dari Sahl r.a.: Nabi Saw. pernah bersabda “Ada sebuah gerbang syurga yang disebut Al-Rayyān, dan orang-orang yang berpuasa kelak pada hari kiamat akan masuk ke dalam syurga melalui gerbang itu. Ia (Al-Rayyān) akan berseru, ‘Mana orang-orang yang berpuasa?’ Mereka (orang-orang yang berpuasa) pun bangkit dan semuanya masuk ke dalam syurga melalui gerbang itu. Setelah mereka semua masuk, gerbang itu akan tertutup dan tidak ada seorangpun yang melaluinya lagi.
Dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin (2003), Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi Ke-2. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, h. 192.
Pada tahun 1984 Dr. Soliman dari Hospital Universiti di Amman telah melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa. Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar kortisol, testosteron, sodium, potassium, urea, glukos, kolesterol dan asid lemak. Berat badan juga ditimbang pada awal dan akhir ramadhan. Hasilnya menunujukkan puasa Ramadhan tidak membahayakan kesihatan, sebaliknya memberi kesan yang baik kepada metabolisme lemak dan pengawalan berat badan seseorang dan meredakan tekanan kerana puasa turut diiringi dengan Solat dan bacaan al-Qur’an.

Kategori:
Ramadhan
02 September 2009
MAJLIS IFTHAR KOMUNITI TEMAN INTEAM
Assalamualaikum....di kesempatan ini ana nk promote to sahabat-sahabat yang berminat untuk join MAJLIS IFTHAR KOMUNITI TEMAN INTEAM. Tempat kosong masih ada lagi..tapi diingatkan tempat adalah terhad yer...so kalau rasa berminat untuk turut serta bolehlah layari www.inteam.com.my untuk mengetahui maklumat lanjut..Jadi apa yang ditunggu-tunggu lagi join la! hehe... Butiran lanjut seperti di bawah :-
Tarikh: 12/9/2009 (22 Ramadhan, hari sabtu)
Tempat: Anjung Rahmat, Gombak
Pengangkutan: Naik LRT PUTRA sampai ke TERMINAL PUTRA
Yuran: RM30 seorang (Makanan berbuka dan Moreh)
Cadangan Program:
4pm :Kehadiran peserta dan pendaftaran
4.30 :Solat Asar jemaah
5.00 : Tahlil khas utk Allahyarham ust Asri
6.00 : Tadarus Al-Quran
6.45 : Tazkirah Ramadhan
7.16 : Ifthar ringkas
7.25 : Solat Maghrib jemaah
7.40 : Ifthar (Makan Berat)
8.25 : Solat Isya' jemaah
Solat Tarawikh dan Witir
9.30 : Moreh
10.00 : Bersurai
Tempat terhad untuk 30 orang sahaja...
Kategori:
Pengumuman
Subscribe to:
Posts (Atom)
<>